Click here for Myspace Layouts

Followers

Tuesday 31 July 2012


  assalamualaikum & hye readers :)

pin pon ! pin pon ! cik puan besar blog niey nak lalu :') . korang sehat ? harap-harap semua sehat sahaja :) .  hehe ! okeyy , untuk hari niey saya nak bercerita tentang " si talam dua muka " . sesungguhnya telah kita ketahui si talam dua muka atau dipanggil " backstabber " niey seorang yang amat berbahaya :) . kenapa berbahaya ? sebab orang yang macam niey lah yang akan membuatkan kita terkilan dengan sikapnya . so , mehh kita fahami situasi niey dan ambil tindakan sewajarnya supaya perkara niey tak akan berulang lagi dekat korang :) .

pertama : lembutkan hati mereka :)
jika difikirkan semula , dengan membalas dendam kepadanya tidak akan memberi apa-apa kesan pun sebernanya . silap hari bulan , semuanya akan menjadi lebih buruk . lebih baik korang fikir secara rasional dengan melayannya seperti dia seorang kawan yang memang terbaik :) . lambat laun , dia sendiri yang akan rasa bersalah dan tidak berani untuk menikam korang lagi . pasti !

kedua : menilai diri :)
untuk cara yang terbaik , kita perlu mengambil masa untuk beberapa minit untuk muhasabahkan diri . mungkinkah niey semua berpunca dari korang sendiri mahupun memang kehendaknya untuk berbuat begitu kepada korang :) . cuba korang imbas semula , pernah tak korang bersikap kasar atau menjadi seorang yang sombong ? tidak pun korang mungkin pernah menikam belakang kengkawan tanpa sedar dan menjadi karma dalam kehidupan untuk mengejar korang balik ? sesungguhnya korang perlu menilai diri sendiri ahulu sebelum menyalahkan orang lain .

ketiga : berinteraksi dengan mereka yang terlibat :)
bagi nak mengesahkan sama ada korang memang ditikam belakang mahupun hanya sekadar khabar angin daripada orang sekeliling , cara yang terbaik cuba korang rapatkan diri dengan orang yang rapat dengan " si talam dua muka " niey . jikalau korang perasan yang mereka seolah-olah seperti mengelak , maka semuanya sudah jelas yang virus niey meang sudah merebak . dalam keadaan yang begini , korang harus membuktikan korang emang tidak bersalah dan memperbetulkan keadaan semula . apa yang paling penting , korang harus menjauhkan diri daripada berkawan dengan orang yang begini takut nanti termakan diri :) .

keempat : jadilah seorang yang misteri :)
wow ! unik kan ? bukan misteri nusantara okeyy tapi jadilah seorang yang mudah bergaul dan mesra dengan orang sekeliling tetapi korang perlu tutup mulut apabila perbualan mempunyai butir-butir peribadi korang terungkai . korang juga harus ingat , jangan sesekali mengkritik orang , tidak kira lah siapa orang tu . ia juga boleh diputar belitkan untuk menentang korang nanti . ingat tu !

kelima : luahan perasaan :)
jika benar korang memang dah tak tahan menanggung sikap perangai kawan korang , lebih baik menceritakn hal itu kepada orang yang lebih matang dan arif seperti dalam kalangan keluarga . sudah semestinya korang akan mendapat pandangan yang sewajarnya supaya tidak mengganggu pelajaran korang :) .

keenam : konfrontsi :)
jika semua tindakan korang tu gagal , tindakan terakhir yang sewajarnya ialah bersemuka dengan " si talam dua muka " niey . jangan lah jumpa sambil bawa kuih talam okeyy ! :) dengan cara niey korang dapat menguatkan pershabatan atau menghancurkannya daripada hati yang menahan sakit . mereka dalam kalangan niey tak akan mudah mengaku akan kesalahan yang telah dibuat . drama semata-mata jika dia mengalirkan air mata ataupun memohon maaf .

okeyy ! dah baca kan ? dah faham ? terima kasih :) . saya harap entry niey akan membuatkan korang lbih berhati-hati :) . walau pa pun terjadi korang kena ingat " it's better to lose the limb than let the cancer grow and spread all over " :)