Click here for Myspace Layouts

Followers

Saturday 27 April 2013

adab ketika berdepan dengan masalah :)

assalamualaikum & hye readers :')



salam pagi sabtu :) * senyum * macam segar lagi kan ? yaa , memang mata masih segar . tak ngantuk langsung hah . so apa lagi updated lah jawabnya . hehiww ! nampak kan tajuk tu ? for sure anda semua pernah menghadapinya kan , tapi jangan lupa berdepan dengan masalah pun kita perlu juga beradab okey . bukan takat makan mandi bercakap jerk perlu beradab , actually semua benda kita kena lakukan dengan beradab :) so , let's read !

kehidupan manusia di dunia ini tidak pernah terlepas dengan ujian daripada Allah . pelbagai dugaan diturunkan kepada insan yang terpilih bagi menilai sejauh mana kekuatan iman seseorang . Islam menggalakkan umatnya untuk mengamalkan doa ketika menghadapi sebarang kesulitan .

doa itu bermaksud ; " sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya . Ya Allah , berilah daku pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik . " (hadis Riwayat Muslim) . antara contoh musibah yang selalu menimpa manusia ialah kesakitan , kematian orang yang disayangi dan sebagainya . kita dilarang sama sekali untuk meratapi , tetapi sebaliknya kita perlu melunaskan adab adab yang sesuai ketika berdepan dengan masalah .

pertama :  BERISTIGHFAR :)
kita perlu beristighfar kepada Allah dengan mengucapkan "innalillahi wainnailaihiraji'un " . ayat pertama yang leluar dari mulut anda ini mampu membuatkan anda tenang seketika dan ingat pada Yang Esa akan ujian yang diterima .

kedua : SIASAT TERLEBIH DAHULU :)
apabila masalah anda melibatkan orang ketiga maka sebaik baiknya anda perlu menyiasat terlebih dahulu kebenaran berita tersebut . sifat manusia ada yang baik dan ada yang jahat . anda jangan mudah tertipu dengan sebarang maklumat yang disampaikan tanpa anda melihat sendiri perkara tersebut .

ketiga : SABAR DAN TABAH :)
memang dugaan yang diterima agak berat tetapi kesabaran dan ketabahan itu adalah kunci untuk anda berjaya . ingat tu :) apabila sifat mahmudah ini ditanamkan dalam diri anda , pasti anda tidak akan merungut lagi pada masa akan datang apabila ditimpa musibah .

keempat :  BERFIKIRAN POSITIF :)
jangan sesekali merasakan masalh tersebut sebagai bebanan yang sangat berat . fikiran anda perlu sentiasa positif dengan memikirkan bahawa ia adalah tanda kasih sayang Allah pada hamba-Nya . tanpa dugaan , hidup anda tidak akan mencabar dan kurang pengalaman hidup .

akhir sekali : REDA :)
anda perlu reda dan pasrah dengan ujian yang diberikan . segala yang berlaku pasti ada hikmahnya . apabila anda menerima takdir Allah , dengan izin-Nya anda akan diberikan pahal yang berlipat kali ganda . jika bertuah , anda mungkin akan menerima berita kegembiraan yang lain selepas itu .

okey , jelas semua ? hope ini serba sedikit dapat membantu anda semua ketika ujian mendatang :)