Click here for Myspace Layouts

Followers

Saturday 22 November 2014

Assalamualaikum readers ! :')



HIDUP DI DUNIA INI BERPUSING IBARAT RODA !


Sekarang disetiap hari-hari yang aku jalani, makin aku menjadi dewasa makin banyak pengalaman dan pengajaran yang aku pelajari. Daripada apa yang berlaku kita boleh tengok dengan mata kepala
sendiri semasa kita jatuh siapa yang ada dengan kita walhal ketika kita teguh berdiri ramai sangat orang yang mendampingi kita. Sekarang aku mulai sedar orang yang rapat dengan kita mahupun tempat kita meluah rasa bukan semuanya baik belaka. Aku tak maksudkan semua tetapi mungkin satu dalam seribu. Jujur ? Sebenarnya bukan semua benda kita perlu jujur, lebih baik tak tahu daripada tahu kan ? Luah ? Tidak semua juga. Even rasa serba salah, kita juga harus fikirkan apa yang bakal terjadi pada masa sekarang juga masa hadapan.




Kita hidup dimuka bumi ini bukan boleh dapat puaskan hati semua orang. Kita semua pendosa yang tak lari daripada melakukan kesilapan sama ada besar ataupun kecil. Tetapi kerana sikap kita yang terlalu rasa diri tidak pernah melakukan kesalahan akan selalu menghentam orang sesuka hati marah tak tentu hala benci sana sini. Ini sikap orang yang tidak matang! Istighfar bebanyak. Kawal nafsu amarah lebih baik. Manusia sekarang warna rambut jek sama tapi hati lain-lain. Pakaian tak melambangkan sikap seseorang tu. Aku silap mentafsir, kerana bagi aku orang yang cukup segalanya lebih baik daripada kami yang kurang amalnya. Tidak semua tapi hanya 1 2 orang sahaja. Maybe ! Ternyata aku silap !! Sekarang aku fikir mudah biar apa orang nak berbicara aku tetap pilih untuk diam kerana apa ? Kerana aku fikir nie adalah dugaan hidup aku, aku harus tempuhinya dengan pengajaran. Biar Allah yang tentukan segalanya. Kita juga harus beringat bahawa kita buat baik sekalipun orang tetap akan ingat kesalahan kita daripada kebaikkan kita. Kita buat baik ke buruk ke orang tetap akan kondem kita. Kalau kita terlalu baik sangat pun tak boleh juga, orang akan pijak kepala kita kan ? So sama jek.




Aku tahu dan pasti benar bahawa setiap yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya. Aku hanya terima semua yang berlaku dengan hati yang terbuka dan anggap ini pengajaran buat diri aku untuk lebih berhati-hati. Secara jujurnya memang sekarang dengan jelasnya aku nampak siapa yang benar-benar ada ketika aku jatuh. Kalau kita asyikkan fikirkan orang sampai bila. Siapa kita nak puaskan hati mereka. Orang tak suka kita ? Biarkan ! Yang penting Allah suka kita. Sampai bila nak jaga hati orang sedangkan orang tak jaga hati kita. Sampai bila nak berdiam diri kalau orang tu tak tahu cara nak hormat kita. Benda simple kalau kita boleh terima teguran orang sama ada baik atau buruk. Jangan nak orang ikut kepala kita jek, orang lain pun ada perasaan. Think positive and make it simple. Semua manusia pendosa. Masing-masing dah besar boleh fikir mana baik buruk mana perlu atau tidak. Kalian berjaya tolong orang tapi kalian tidak berjaya tolong orang dalam masa yang sesuai :)